Description
Jangan Ikut Hantu adalah sebuah antologi cerpen yang telah disokong oleh pihak MLLPC – Malay Language Learning and Promotion Committee. Antologi ini merangkumi 12 buah cerpen yang ditulis oleh penulis-penulis mapan tempatan Singapura yang ingin menjadikan naskhah ini sebagai wadah pendokumentasian jenis-jenis permainan yang dinikmati mengikut pelbagai era.
Mungkin ramai generasi muda yang tidak tahu akan keseronokan yang dirasakan sewaktu bermain jelon, kejar-kejar urat, rounders, rumah Dayak, sembunyi-sembunyi, keleret, tingting dan banyak lagi. Mungkin juga generasi terdahulu tidak begitu fasih dengan permainan yang dimainkan pada era yang berbeza seperti PUBG, ML, Genshin Impact, COD dan banyak lagi.
Semoga khalayak pembaca dapat menelaah dan menghidupkan kembali pengalaman dunia permainan mengikut peredaran masa. Paling tidak, dapatlah golongan pembaca sedikit sebanyak menjiwai dan menghargai kekreatifan masyarakat Melayu zaman silam yang sudah wujud dari zaman reban ayam hinggalah ke zaman Beyblade ligat berputar.





Reviews
There are no reviews yet.