TAHUKAH ANDA?

Ingin tahu fakta-fakta menarik yang berkaitan dengan tema Webisod kali ini? Klik pada pautan yang tersedia untuk membaca artikel-artikel yang telah kami senaraikan khas untuk anda!  

SABUN NYAH NYAMUK: Bekas pelajar dan pelajar NYP – (dari kiri ikut putaran jam) Encik Brian Lee, Cik Rebecca Chua, Encik Iann Hussi, Cik Lam Ching Man dan Cik Teo Seok Yee – bergambar dengan sabun cecair MOX Body Wash yang mereka hasilkan, yang boleh melindungi penggunanya daripada gigitan nyamuk. – Foto THE STRAITS TIMES

1. PELAJAR POLY CIPTA SABUN CEGAH GIGITAN NYAMUK DAN SERANGGA

Sumber: Berita Harian

SEKUMPULAN pelajar daripada Politeknik Nanyang (NYP) telah menghasilkan sabun cecair yang mampu mencegah gigitan nyamuk dan serangga sehingga lapan jam.

Sabun seperti itu terdapat di Amerika Syarikat, tetapi inilah kali pertama produk serupa itu dihasilkan di Singapura, menurut kumpulan tersebut.

Ia sebahagian daripada projek sekolah yang ditugaskan kepada pelajar jurusan bioteknologi molekular itu.

“Ia adalah cara mudah untuk melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk,” kata salah seorang anggota kumpulan itu, Cik Teo Seok Yee, 20 tahun.

Beliau telah menamatkan pengajiannya di NYP dan kini memburu ijazah jurusan sains biologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

“Idea kami bertujuan menghapuskan nyamuk… mudah-mudahan bahan ini dapat mencegah penyakit atau kematian yang berkaitan dengan denggi atau Zika.”

Kumpulan itu menguji keberkesanan sabun yang mereka hasilkan dengan berjalan kaki empat kali di Kolam Air MacRitchie – empat lima jam sekali – selepas menggunakan sabun tersebut.

Mereka juga berjalan-jalan di sana bagi tempoh yang sama tanpa menggunakan sabun berkenaan.

“Jumlah gigitan nyamuk yang kami alami berkurangan apabila kami menggunakan sabun ini… ia menunjukkan bahawa produk ini berkesan,” kata Cik Teo.

Idea menghasilkan sabun bagi mencegah gigitan nyamuk pertama kali ditimbulkan Cik Lam Ching Man, yang sedang menghasilkan campuran yang boleh melindungi pokok cili dan halia daripada serangga perosak seperti semut.

Lantaran itu, ia mencetuskan idea bagi mereka menghasilkan sabun untuk manusia pula, kata Cik Lam, juga bekas pelajar NYP dan kini menuntut dalam jurusan pemakanan dan makanan di Universiti Newcastle.

Sejak April lalu, pasangan Cik Lam dan Cik Teo juga bekerjasama dengan pelajar daripada Sekolah Pengurusan Perniagaan NYP untuk memasarkan produk itu.

Buat masa ini, lebih 20 botol telah dijual menerusi laman web www.chaperone.com.sg.

Kumpulan itu membelanjakan $3,000 bagi menghasilkan prototaip.

Diperbuat daripada citronella, minyak kayu putih lemon dan minyak teh pokok, sabun Deet-free MOX Body Wash itu dijual dengan harga permulaan $12.90.

2. BUBBLES BURSTING IN SLOW MOTION.

Sumber: Youtube

Pernahkah anda melihat buih meletop dalam gerakan perlahan? Tahukan anda buih tidak akan meletop jika tangan anda basah dan disalut dengan sabun?

3. DIY MAKE YOUR OWN BATH BOMBS

Sumber: Youtube

Pernahkah anda terfikir untuk cuba membuat bath bombs anda sendiri? Tahukan anda bahawa bahan-bahannya amat mudah didapati. Anda bebas untuk menentukan warna, bentuk dan haruman yang anda inginkan. Mari kita lihat cara-cara untuk membuat bath bomb anda yang pertama! (Arahan dalam Bahasa Inggeris)

2021 © ® All Rights Reserved
Mini Monsters Limited (Singapore)