Aktiviti Tahap 1

Aktiviti ini sesuai bagi kanak-kanak berumur 7 dan 8 tahun.

INI KUCING SAYA! – AKTIVITI KRAFTANGAN
Latihan menggunting & meneroka bentuk

Bahan-bahan:

Gunting
Gam pelekat
Kertas

Cara membuatnya:
(Klik pada pautan di bawah, muat turun kemudian cetakkan supaya anda dapat membuat aktiviti kraftangan ini.)

Bahan 1: Muka Kucing
Bahan 2: Badan Kucing

Muka Kucing

  1. Lekatkan dua bentuk tiga segi besar yang berwarna kelabu di atas bentuk bulat yang besar untuk menjadikan telinga seekor kucing.
  1. Lekatkan dua bentuk tiga segi kecil yang berwarna merah jambu ke dalam kedua-dua bentuk tiga segi besar.
  2. Lekatkan kedua-kedua mata kucing.
  3. Lekatkan bentuk tiga segi berwarna merah jambu sebagai hidung kucing.
  4. Muka kucing anda sudah siap!

Badan Kucing

  1. Lekatkan muka kucing ke atas bentuk bulat yang besar.
  2. Lekatkan kedua-dua kaki kucing di bawah.
  3. Gunakan bentuk-bentuk bulat yang lain sebagai ekornya. Mulakan dari bentuk yang besar hingga yang kecil.
  4. Gambar kucing ada sudah siap!

Anda juga boleh lekatkan gambar kucing ini ke atas kertas warna atau kertas kosong. Gunakan imaginasi anda untuk mencantikkan lagi gambar itu. Di manakah kucing anda sekarang?

2023 © ® All Rights Reserved
Mini Monsters Limited (Singapore)