Aktiviti Tahap 3

Aktiviti ini sesuai bagi kanak-kanak berumur 11 dan 12 tahun

INILAH KUDA-KUDA SAYA! – AKTIVITI KRAFTANGAN

Bahan-bahan:

1.     Stokin tebal
2.     Fabrik felt
3.     Kabus atau suratkhabar lama
4.     Butang berwarna-warni
5.     Gam pelekat ‘Glue gun’
6.     Benang tebal
7.     Pen marker

 

Cara membuatnya:

  1. Lukiskan gambar kepala seekor kuda di atas kertas besar bersaiz A3 lalu gunting mengikut bentuknya.

2. Lukiskan bentuk potongan kepada dua helai fabrik felt. Setelah itu, guntingkan bentuk yang telah dilukis.

 

3. Jahitkan kedua-dua fabrik felt yang telah dipotong sehingga menyerupai kepala seekor kuda. Jangan jahit di bahagian bawah agar kita boleh mengisikan bahagian dalamnya.

4. Masukkan kabus atau gempulan suratkhabar lama untuk mengisi bahagian dalam kepala kuda ini. Masukkan seberapa banyak supaya nampak lebih padat.

5. Setelah itu, lekatkan butang berwarna warni sebagai mata kuda. Gunakan pen marker untuk melukiskn hidung and mulutnya.

6. Potong benang tebal dalam ukuran 30cm setiap satu. Boleh gunakan satu warna atau berwarna-warni mengikut citarasa masing-masing. Lekatkan hujung benang kepada bahagian kepala kuda untuk membuat rambutnya.

 

7. Masukkan batang buluh ke bahagian bawah dimana anda telah mengisikan dengan kabus. Ikatkan dengan benang untuk memastikan kepala kuda tidak lucut dari batang buluh.

 

8. Kini anda boleh gunakan kreativiti masing-masing untuk mencantikkan lagi hasil kerja anda. Anda boleh tambahkan riben di atas kepala kuda, atau mewarnakan batang buluh supaya nampak lebih menarik.   

2023 © ® All Rights Reserved
Mini Monsters Limited (Singapore)