Aktiviti Tahap 2

Aktiviti ini sesuai bagi kanak-kanak berumur 9 dan 10 tahun

RENDA BERWARNA-WARNI

Bahan-bahan:

Kertas atau Fabrik felt (berwarna-warni)
Gunting
Pelubang kertas (hole punch)
Tali atau benang tebal (berwarna-warna)

Cara membuatnya:

  1. ‘Renda Berwarna-warni’tidak semestinya dibuat menggunakan kertas, tetapi ia juga boleh diubahsuai dengan menggunakan fabrik seperti kain felt. Sediakan pelbagai bentuk ‘lacing cards’ mengikut kreativiti kita dan minat anak.

  2. Kemudian, tebuk lubang di sekeliling bentuk tersebut. Potong tali atau benang tebal mengikut panjang yang bersesuaian untuk dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk tadi.

  3. Ajar anak untuk melakukan aktiviti ala-ala menjahit ini dengan memasukkan serta mengeluarkan tali atau benang tebal melalui lubang-lubang di sepanjang bahagian tepi bentuk tersebut.

  4. Dengan aktiviti ini, anak akan belajar untuk fokus, melatih koordinasi mata dan tangan sekaligus meningkatkan kemahiran motor halus mereka.

2023 © ® All Rights Reserved  |  Mini Monsters Pte Ltd