Aktiviti ini sesuai bagi kanak-kanak berumur 7 dan 8 tahun.
ULAR BUTANG
Bahan-bahan:
Fabrik felt (berwarna-warni) Gunting Butang Riben
Cara membuatnya:
Lukis dan gunting bentuk yang diingini pada kain felt. Tebuk lubang di bahagian tengah kain felt yang telah digunting itu. Seterusnya potong riben mengikut panjang ‘Ular Butang’yang dikehendaki dan jahit butang baju pada kedua-dua hujung riben tersebut.
Ajar anak untuk memasukkan butang baju ke dalam lubang pada kain felt tesebut satu persatu. Apabila kesemua kain felt tersebut telah berjaya dimasukkan ke dalam riben, ianya akan kelihatan seperti ular.
Mungkin, pada awalnya agak sukar untuk anak mengawal jari tangan mereka bagi memasukkan butang baju ke dalam lubang yang ditebuk pada kain felt itu. Tetapi lama-kelamaan, mereka pasti dapat melakukannya dengan mudah!
Anak perlu fokus dan mempunyai koordinasi mata dan tangan yang baik dalam usaha meningkatkan kemahiran motor halus mereka melalui aktiviti ini.